Friday, January 16, 2009

News: 'Haq' Tonjol Falsafah Islam


'Haq' Tonjol Falsafah Islam by gua.com.my | 16 Jan 2009
(http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=2930)


Dengan barisan pelakon yang mantap – Zul Huzaimi, Nanu Baharudin, Adi Putra, Raja Farah dan Fatimah Abu Bakar – filem ‘Haq’ dijangka memberi persepsi baru kepada peminat filem Melayu tentang falsafah dan agama Islam.


‘Haq’ berkisarkan dua orang adik-beradik an
gkat yang mempunyai kuasa luar biasa. Konflik bermula apabila mereka diuji dengan keperitan hidup, godaan kemewahan, wanita dan ketidakpastian di antara yang betul atau yang salah.


"Untuk filem pertama kami, kami telah memilih konsep yang boleh menampung falsafah Islam dan dalam masa yang sama mempunyai nilai komersial serta hiburan yang mantap. Saya yakin filem ini boleh ditonton oleh semua golongan dan kami bercadang membawa filem ini ke peringkat antarabangsa,” kata penerbit Jumaatun Azmi ketika ditemui di majlis sidang akhbar filem tersebut Rabu lepas. ‘Haq’ merupakan filem dan jenama pertama syarikatnya KasehDia Sdn. Bhd.

"Sepertimana projek-projek kami sebelum ini, World Halal Forum, The Halal Journal dan Halal Guides, ada mesej yang cuba disampaikan, tapi ia mestilah dengan cara yang bersesuaian dengan khalayak masa kini. Dalam ‘Haq’ terdapat unsur-unsur aksi, ‘thriller’, CGI dan kisah cinta yang menarik untuk menarik perhatian penonton."

‘Haq’ mempertaruhkan dua pengarah tersohor Malaysia iaitu Fairuz Loy dan C.L Hor. Fairuz sebelum ini pernah mengarahkan drama bersiri ‘Susuk’, ‘Ayyad’ dan ‘Seri Maya’, manakala Hor pula pengarah filem ‘Kinta 1881’, ‘Purple Mirage’ dan ‘3rd Generation’.

Jumaatun menjelaskan bahawa kedua-dua pengarah tersebut mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Dia mahu menggunakan kepakaran yang dimiliki mereka berdua untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan boleh dibanggakan.


Fairuz bila diminta komennya tentang perkara itu memberitahu dia selesa bekerjasama dengan Hor dan berjanji untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.

"Seperti yang diberitahu, kami masing-masing mempunyai persamaan
dan perbezaan. Kami mampu bekerjasama dengan baik dan berharap kerjasama kami berdua akan menghasilkan sebuah filem yang bukan sahaja menarik perhatian peminat Malaysia, malah masyarakat antarabangsa," ujarnya.

Manakala Nanu yang bertindak sebagai pelakon dan penerbit bersama filem itu menyatakan rasa teruja dan gembiranya kerana dapat bekerjasama di dalam filem yang disifatkannya sebagai berbeza daripada kebanyakan filem yang sedia ada.

"Kami akan mengadakan sesi latihan lakonan di bawah Puan Fatimah Abu Bakar. Selain itu, semua pelakon diminta ke gym untuk menjalani latihan fizikal bagi mendapatkan tubuh yang ‘fit’. Mereka juga bakal belajar menari untuk menghidupkan watak masing-masing," katanya.

‘Haq’ diterbitkan secara usahasama dengan Black Box Pictures yang dikelolakan Hor.

_______________________________________________________________

www.haqthemovie.com

Monday, January 5, 2009

Haq :: The Cast







Press Conference: Media introduction (14 January, 2009)

Haq Press Conference - Media Introduction

KasehDia Pictures will commence shooting its debut and landmark blockbuster feature film called HAQ this January. The press conference will include an introduction on the movie by our producers and director, a getting to know the cast session and tea.

“Life in a loving traditional Malay family in the village takes a dark twist as supernatural powers, secrets, desires and the fight for truth take centre stage in this riveting tale of two brothers”

Featuring an all-star cast, a riveting story line and the latest cinematography and CGI technology HAQ the movie will be the most talked about and successful Malaysian production to date. The film is also the directorial debut for one of the most outstanding television directors in the country.

The press conference will be hosted by Producer Jumaatun Azmi and Co-Producer Nanu Baharuddin at the following venue:

Date : 14th January 2008
Venue : Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur
Time : 2.30pm – 5.00pm

For further information please log on to our website at: www.haqthemovie.com.